Pengikut

Rabu, 21 Disember 2011

Bankrap..

                         Salam 1Malaysia dan salam 1Dunia;
          Sebagai renungan bersama,ari ni aku nak kongsi info yang amat berguna untuk kita semua ketahui.Mungkin ada korang diluar sana tak tahu bertapa kita orang melayu amat jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.lebih-lebih lagi dari segi ekonomi buktinya akan aku share dibawah ni.

Hiasan dari Google.
       
                 1. Bangsa paling ramai muflis ialah Melayu 39.76% diikuti Cina 33.36%,
                     India 9.53% dan lain-lain 17.34%.
                 2. Sebab-sebab muflis adalah hutang cukai pendapatan,hutang kad kredit,
                     pinjaman perniagaan,sewabeli kenderaan,perumahan,sebagai penjamin
                     korporat,pelajar,sosial...
                 3. Sebab kebankrap utama ialah keberhutangan yang lain (29.05%), diikuti
                     sewabeli (24.12%),hutang pinjaman perniagaan (10.93%) pinjaman
                     perumahan (7.49%) dan hutang kad kredit (5.50%).
mengemis di tanah tumpah darah
      
         Semua hutang-hutang dimonopoli oleh bangsa melayu sebagai bangsa yang paling tinggi,jadi disini sudah jelas mengambarkan bahawa kita memang suka berhutang berbanding bangsa lain...Persoalannya disini mengapa kita harus hidup susah atau merana ditanah air sendiri?
         Cukuplah sampai disini ja penjelasan aku..terpulang pada anda semua untuk memberi penjelasan atau komen mengenai isu ni hingga jumpa lagi...ta,ta.
     
    

Khamis, 8 Disember 2011

HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru

          Sebagai blogger baru memang tepatlah aku join segmen yang dianjurkan oleh saudara Hasrul ni...lagi pun segmen ni tak menyusahkan malah boleh dijoin selain ianya dapat menambah follower blog
http://www.hasrulhassan.com/2011/12/segmen-kami-blogger-baru.html
            Saya seorang lelaki dan KainBuruk adalah nama blog aku,..Aku baru seminggu lebih dalam dunia blog ni dan masih banyak yang perlu aku pelajari.untuk mempelajarinya maka aku fikir amat sesuailah aku join segmen ni supaya dapat berkongsi info2 atau tutorial tentang blog...
            Untuk blogger baru seperti saya diluar sana ayuhlah join sekali segmen ni dengan klik je url kat banner diatas tu.....senang jekan..Tarikh tutup penyertaan adalah  10 disember 2011,jam 5 petang.
                                               

Rabu, 7 Disember 2011

Chicken pox @ Cacar air..

                             Salam 1Malaysia dan salam 1dunia;
           Entri aku yang kedua ini adalah merupakan info atau maklumat mengenai kesihatan dan penyakit-berjangkit yang sering dihidapi rakyat kita..tapi tak semua tahu asal usul, bagaimana, kenapa sesuatu penyakit itu berlaku...
cacar air
              
           Oleh itu dlm entri kali ini aku akan berkongsi sedikit info mengenai penyakit Cacar Air, Cacar air atau `chicken pox`sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus dan ditandai oleh lepuhan atau ruam berair dikulit yg timbul secara berperingkat-peringkat.
peringkat bahaya.
   
           Varicella zoxter adalah virus pembawa chicken pox, ianya mudah merebak melalu sentuhan langsung pada lepuhan ruam pesakit, melalui air, udara, pakaian, makanan dan minuman yang tercemar. keadaan ini berlaku secara wabak dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.
           Tanda-tanda dan  gejala cacar air atau chicken pox, akan terlihat setelah 2-3 minggu dijangkati, pesakit alami sakit kepala atau demam ringan 24jam sebelum timbulnya tanda-tanda dikulit.
           
        Rawatan chicken pox ni biasanya bagi yang ringan tidak mempunyai rawatan yang khas, gejala-gejala akut penyakit ini jarang sekali melebihi dua minggu. Pemakanan ubat antidemam seperti Acetaminophen mungkin mampu dan menyapu loysen Calamine boleh mengurangkan rasa gatal pada lepuhan atau ruam....elakan dari mengaru atau memecah ruam-ruam pada kulit.
           Inilah perkongsian yang mampu aku siarkan...aku bukan doktor atau MA kesihatan cuma sekadar ingin tahu kejadian sesuatu penyakit......terima kasih jumpa lagi..

Rabu, 30 November 2011

Hormat orang lain dulu!!..

 Salam 1malaysia dan 1dunia;
           Sebagai permulaan aku sengaja buat entri ini untuk langkah pertama aku untuk blog kain buruk inI. Rasa hormat dan dihormat memang ada dalam diri tiap-tiap manusia, ianya penting untuk menjalankan sebarangan perhubungan sesama manusia,tak kiralah apa-apa saja rupa dan jenis perhubungan.
Hormat menghormati sesama membawa hubungan kearah positif

         Apa yang nak aku bincangkan disini ialah bagaiman nak memastikan agar orang sekeliling atau rakan sekerja, pekerja dan orang bawahan hormat pada kita?...sebenarnya caranya mudah je tapi ramai yang tak mahu mengambil tahu... kenapa?..sebab ego dan bangga diri yg teramat sanggat terutamanya orang yang berjawatan tinggi contohnya, Bos-bos,pegawai-pegawai,co-co dan otai-otai...
Antara pekerja dan Pergawai

        Bagi aku cara yg paling bagus adalah kita perlu hormat orang lain dulu barulah orang akan hormat kita balik..mudah je kan!!..tak susah atau rugi kalau kita hornat pada orang lain walaupun kita orang besar atau pegawai lebih2 lagi dengan bawahan sendiri, persoalannya mahukah sesetengah Bos2,pegawai2.CO2 syarikat nak hormat pada orang bawahannya?....setahu aku mana ada diorang ni mahu menghormati pekerja mereka jatuhlah air hidung diaorang jika berbuat demikian....walaupun sebenarnya mereka bodoh sombong.

Jangan terlalu membesarkan diri sendiri sehingga kita nampak bodoh dimata orang lain, hormati keputusan dan pandangan orang lain dan jangan anggap kita je yang pandai atau bijak hingga menidakkan pendapat pekerja bawahan dan akhir sekali jiga hendak menegur gunakan bahasa yg sesuai, inilah salah satu aspek menghormati dari orang lain diempat kerja andainya kita jadi bos dalam jabatan atau syarikat..andai kita tak amalkan aspek ni nescaya tiada siapa yang akan hormat dgn anda sampai bila2 walaupun dimana anda bekerja atau berada,hidup anda akan sentiasa bermasalah....

       Apa-apa pun alasannya memang itulah resam budaya orang melayu berbudi pada tanah,orang memberi kita merasa dan orang berbudi kita berbahasa..antara beberapa contoh peribahasa melayu yang melambangkan bertapa kita perlu menghormati orang lain dulu,tak kiralah org tu siapa...
      Oklah...hingga jumpa lagi dilain entri .....................terima kasih!.

P/S..paling tak suka kalau pegawai kerajaan tak menghormati org lain....