Pengikut

Rabu, 7 Disember 2011

Chicken pox @ Cacar air..

                             Salam 1Malaysia dan salam 1dunia;
           Entri aku yang kedua ini adalah merupakan info atau maklumat mengenai kesihatan dan penyakit-berjangkit yang sering dihidapi rakyat kita..tapi tak semua tahu asal usul, bagaimana, kenapa sesuatu penyakit itu berlaku...
cacar air
              
           Oleh itu dlm entri kali ini aku akan berkongsi sedikit info mengenai penyakit Cacar Air, Cacar air atau `chicken pox`sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus dan ditandai oleh lepuhan atau ruam berair dikulit yg timbul secara berperingkat-peringkat.
peringkat bahaya.
   
           Varicella zoxter adalah virus pembawa chicken pox, ianya mudah merebak melalu sentuhan langsung pada lepuhan ruam pesakit, melalui air, udara, pakaian, makanan dan minuman yang tercemar. keadaan ini berlaku secara wabak dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.
           Tanda-tanda dan  gejala cacar air atau chicken pox, akan terlihat setelah 2-3 minggu dijangkati, pesakit alami sakit kepala atau demam ringan 24jam sebelum timbulnya tanda-tanda dikulit.
           
        Rawatan chicken pox ni biasanya bagi yang ringan tidak mempunyai rawatan yang khas, gejala-gejala akut penyakit ini jarang sekali melebihi dua minggu. Pemakanan ubat antidemam seperti Acetaminophen mungkin mampu dan menyapu loysen Calamine boleh mengurangkan rasa gatal pada lepuhan atau ruam....elakan dari mengaru atau memecah ruam-ruam pada kulit.
           Inilah perkongsian yang mampu aku siarkan...aku bukan doktor atau MA kesihatan cuma sekadar ingin tahu kejadian sesuatu penyakit......terima kasih jumpa lagi..

2 ulasan:

yusuflaili(Goku) berkata...

Mak oi..geli bila lihat kulit tu,serius gilalah chicken pox ni.

Ann Ishak berkata...

tak ingat lagi macam mane rasanya bila kena chicken pox ni, kena mase kecik2 dolu