Pengikut

Selasa, 3 April 2012

Cirit-birit (diarea)

Salam 1Malaysia dan salam 1Daunia;

Lama jugak aku tak update blog ni hampir sebulan blog aku berhabuk,,,
rupanya susah juga bila berblog ni aku ingatkan senang tapi tidak.Berbalik
pada tajuk aku kali ni ialah tentang penyakit,iaitu penyakit cirit-birit.

Korang tentunya pernah dengar, alami dan lihat penyakit yang aku maksudkan ni.
Istilah penyakit ni ialah kekerapan membuang air besar dan jumlah air didalam najis.
Pembuangan air besar yang cair melebihi tiga kali ganda sehari dianggap sebagai cirit-birit.
Cirit-birit disebabkan oleh jangkitan agen penyakit seperti bakteria (Sabmonellia,Shigella,
Vibro,E.Coli dan lain-lain).Virus (enterovirus,rotavirus),protoza (Entamoeba histolytica,
Giardia lamblia),dan cacing (cacing cambuk).

Penyakit ini boleh timbul akibat termakan toksin(racun)yang dihasilkan oleh bakteria bergitu
juga halnya dengan keracunan makanan, bawaan air dan makanan tercemar. Kanak-kanak
terutamanya bayi, yang mengalami gejala ini memerlukan perhatian yang lebih serius dengan
rawatan lebih segera,mereka mudah mengalami kehilangan cecair dengan renjatan atau
kemungkinan kematian.
Rawatan bergantung pada penyebab timbulnya cirit-birit.Pembetulan imbangan eletrolit dan
penyembuhan daripada punca penyebab diperlukan untuk mengelakkan diarea yang teruk,
yang mungkin menyebabkan renjetan atau kematian.






Selasa, 7 Februari 2012

EPISTAKSIS (Hidung berdarah)..

                      Salam 1Malaysia dan salam 1Dunia;
           Hari ni nak share tentang penyakit pulak,..biasalah sekarang ni selalu sangat penyakit-penyakit datang menjenguk kita semuanya datang tanpa diundang,untuk kali ini aku share mengenai penyakit Epistaksis atau dalam bahasa melayunya `hidung berdarah'.
           Epistaksisn ialah pendarahan yang keluar melalui hidung. Darah yang keluar mungkin berasal daripada masalah di sekitar hidung (setempat) ataupun masalah sistemik.
pinjam google
          
          ETIOLOGI: 
          Penyebab-penyebab setempat yang boleh mencetuskan hidung berdarah ialah kecerderaan (misalnya terhantuk atau terjatuh).mengorek hidung,jangkitan akut (selesema) dan jakitan kronik(rinitis,simusitis).Penyebab sistemik pulak ialah hipertensi (tekanan darah tinggi),hemofilia,leukimia,
purpura,barah dan demam campak.Hidung berdarah mungkin jugak berpunca disebabkan pembuluh darah pecah di mukosa hidup atau disekitarnya..
        
          TANDA-TANDA DAN GEJALA:
         Dalam kebanyakan kes ekpistaksis ni, bukan merupakan suatu masalah kesihatan yang membimbangkan tapi jangan pula dipandang ringan dan kanak-kanak sering mengalaminya akibat mengorek hidug yang terasa gatal atau ingin mengeluarkan sesuatu dari lubang hidug hingga mengorek terlalu dalam.Bagi kes orang dewasa pulak jika masalah ini sering berulang mungkin menandakan adanya masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjutan.
          Darah yang keluar mungkin keluar dari sebelah hidung atau kedua-dua belah, jika darah mengalir ketekak akan menyebabkan terasa loya dan muntah.Pendarahan yang parah biasanya berasal dari bahagian posterior hidung,kolaps kardiovaskular dan renjatan hipovolemik mungkin terjadi jika berlakunya kehilangan darah yang banyak..
guna saputanggan atau tisu.
        
           RAWATAN:
          Kalau dirumah,suruh mangsa berbaring dan relax dgn kepalanya agak menegak.picit hidungnya dengan tekanan yang malar tanpa melepaskannya selama 10-15 minit dan dalam masa itu suru mangsa bernafas dengan mulut saja...lakukan proses ini secara berulang andainya darah masih juga mengalir dan
jika masih juga mengalir bawa ke klinik atau hospital............
         
            Inilah saja info serba ringkas mengenai hidung berdarah atau nama lainnya Epistaksis,sekurang2nya kita tahu serba sedikit tentang gejala ini dan tahu macam mana nak hentikan darah mengalir dari hidung jika ianya berlaku pada keluaga kita dirumah.apa2pun jumpa lagi.......!!.